Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Mahkota: PN Pertaruh Bekas Pemain Bola Sepak Coach Haizan

Perikatan Nasional (PN) pertaruh Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Haizan Jaafar atau turut dikenali sebagai Coach Haizan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangsan Negeri (DUN) Mahkota.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mengumumkan bekas pemain bola sepak semi pro Johor yang juga jurulatih itu dalam satu majlis di Kluang pada Selasa.

“Nick name kepada calon kita Coach Haizan,” katanya yang juga setiausaha agung PN bersambut sorakan hadirin.

PN pertaruh bekas pemain bola sepak ‘Coach Haizan’

PN Pertaruh Coach Haizan

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Ketua PAS Johor, Abdullah Husin menggambarkan Haizan sebagai seorang yang dikenali ramai dan disokong oleh semua kaum.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah pula dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Mahkota yang akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Sijil Halal: Guan Eng Tegaskan Teresa Kok Tak Sentuh Isu 3R

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 September manakala tarikh penamaan dan pengundian awal masing-masing adalah pada 14 dan 24 September.

PN Pertaruh Coach Haizan

Foto: Utusan

Sekadar info, pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada pilihan raya Johor 2022, Sharifah menang majoriti selesa 5,166 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Taqiuddin Cheman.

Allahyarhamah meraih 16,611 undi berbanding jumlah undi Taqiuddin sebanyak 11,445 manakala calon PN Mohamad Nor Lingan berada di tempat ketiga dengan 7,614 undi (21 peratus daripada jumlah keseluruhan undi).

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd