Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pemuda Bersatu Buat Laporan Polis, Dakwa Zahid Tipu Agong Isu Akuan Berkanun

Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu, Akmal Zahin Zainal Zahir mendakwa Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan Malaysiakini, Akmal Zahin memberitahu laporan polis telah dibuat berikutan mempunyai 30 akuan berkanun (SD) ahli parlimen BN yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu.

Foto: Utusan

“Ahmad Zahid mengakui telah menghantar surat ke Istana Negara selepas ahli Parlimen mereka menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan kekal neutral.
“Jelas Ahmad Zahid menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong ketika itu (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan ini merupakan satu kesalahan jenayah serius,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata, Pemuda Bersatu menggesa supaya Zahid disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan (Akta 574) atas jenayah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysiakini

“Pada 22 November 2022, Agong menitahkan 30 ahli Parlimen BN menghadap secara individu pada jam 10.30 pagi di Istana Negara. Namun yang berlaku bukan 30 ahli parlimen tetapi tiga sahaja yang datang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha kerja Pemuda Bersatu Meor Naqiuddin pula memaklumkan satu lagi laporan polis ke atas Ahmad Zahid dibuat mengenai salah guna kuasa selaku Menteri Kemahuan Desa dan Wilayah ketika pemberian elaun kepada Skuad Sabil diumumkan.

“Zahid tidak sepatutnya menggunakan duit rakyat untuk pihak yang melakukan kerja parti politik.

Foto: Bebas News

“Ini semua duit pembayar cukai. Kita nak tahu apa asas untuk melayakkan Skuad Sabil diberi elaun guna dana kerajaan,” jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya Pemuda Bersatu turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd