Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Dengan 12 Tetakan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, bekas pelumba berusia 40 tahun itu ditetak menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Taman Behor Gonchar di Kangar pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11. 30 malam itu berpunca daripada satu pergaduhan sehingga membawa kepada kematian bekas pelumba itu.

Bekas pelumba GP negara maut dengan 12 tetakan

Bekas Pelumba Negara Maut Dengan 12 Tetakan

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan teruk susulan kecederaan tetakan pada bahagian tangan dan badan, susulan itu polis menahan tiga suspek berusia lingkungan 28 jingga 51 tahun di lokasi berasingan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata pihaknya menerima laporan berhubung pergadungan di lokasi itu sekitar pukul 11.30 malam membabitkan empat lelaki.

Katanya, menerusi siasatan  awal, mangsa difahamkan pergi ke rumah suspek pertama dalam keadaan marah sekitar pukul 9 malam namun suspek tidak berada di kediaman ketika itu.

“Sewaktu keluar dari rumah itu dan tiba di persimpangan taman, mangsa yang menaiki kereta Proton Iriz telah berselisih dengan suspek pertama, kedua dan ketiga.
“Kemudian, berlakunya pergaduhan antara mereka berempat sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat 10 hingga 12 tetakan sekitar pukul 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini, hari ini.

Bekas Pelumba Negara Maut Dengan 12 Tetakan

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian itu, Yusharifuddin berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kangar dibantu JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan tiga suspek berkenaan.

Katanya, polis merampas beberapa barangan dalam penahanan itu, antaranya sebilah pedang samurai sepanjang 112 sentimeter, telefon bimbit dan perakam video.

“Motif kejadian masih dalam siasatan kerana saya difahamkan suspek dan mangsa adalah kenalan, malah kita percaya mungkin berlaku sesuatu isu yang mendorong kepada pergaduhan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat dan punca kematiannya adalah dipercayai akibat pendarahan teruk susulan kecederaan tetakan pada bahagian tangan dan badan.

Kata Yusharifuddin, suspek pertama juga didapati positif dadah jenis benzo manakala ujian air kencing ke atas dua lagi suspek adalah negatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Pelumba Negara Maut Dengan 12 Tetakan

Foto: Utusan

“Semua suspek terlibat mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan beberapa kesalahan jenayah lain,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan semua suspek terlibat ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 17 September bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan dan kita mohon kerjasama masyarakat yang mengetahui maklumat kes ini agar dapat tampil bagi membantu siasatan. Polis juga memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi berkaitan kejadian,” jelasnya.

Sekadar info, Elly terkenal dalam kalangan peminat sukan permotoran tempatan kerana mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix dan menjuarai pelbagai perlumbaan bersama pengeluar Yamaha, Honda dan Suzuki.

Allahyarham juga pernah terpilih sebagai pelumba wild card Malaysia dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia bersama Zulfahmi Khairudin pada 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Asyraf Muhamad)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd