Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi, Perlu Masa Berehat Sebelum Kembali Bekerja

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi.

Menerusi satu hantaran di X, akaun rasmi Istana Kensington telah memuat naik video memaparkan Kate yang sedang meluangkan masa bersama keluarga.

Menurut Kate, sepanjang sembilan bulan menjalani rawatan kemoterapi, kesukarannya bukan sahaja dirasa oleh Middleton, malahan ia turut dihadapi oleh keluarganya.

Kate Middleton selesai jalani rawatan kemoterapi

Kate Middleton Selesai Jalani Kemoterapi

“Perjalanan menentang kanser ini sangat rumit, menakutkan dan tidak dapat diramal oleh semua orang, terutama bagi mereka yang paling dekat dengan kita.
“Perjalanan ini membuatkan saya dan suami lebih bersyukur terhadap perkara yang biasa tapi berharga dalam kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Kate menekankan bahawa masih jauh untuk Kate kembali bertugas sepenuh masa dan buat masa sekarang beliau akan menjadikan kesihatannya sebagai fokus utama untuk beberapa bulan akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laluan saya untuk kembali sembuh dan pemulihan sepenuhnya sangat panjang dan saya perlu meneruskan hari-hari mendatang itu,” kongsi beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak sabar untuk kembali bekerja dan menyertai beberapa pertemuan awam pada masa akan datang apabila sudah sihat seperti biasa.

Kate Middleton Selesai Jalani Kemoterapi

“Selepas semua yang saya lalui, saya memulakan fasa pemulihan yang baru ini dengan penuh harapan dan penghargaan terhadap kehidupan,” katanya.

Artikel lain: Bangladesh Dilapor Tidak Dapat Menampung Kemasukan Pelarian Rohingya

Pada masa yang sama, Kate turut menyatakan dirinya dan suami amat bersyukur atas sokongan yang diterima daripada orang ramai kerana ia menjadi punca kekuatan yang besar buat mereka.

Disamping itu, Kate turut menitipkan ucapan buat pejuang kanser yang lain dan berkata dia juga sentiasa memberi sokongan terhadap mereka semua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kepada semua yang meneruskan perjalanan kanser sendiri, saya bersama anda, berdiri di sisi dan bergandingan tangan. Dari kegelapan, cahaya boleh muncul. Jadi biarlah cahaya itu bersinar terang,” luahnya.

Kate Middleton Selesai Jalani Kemoterapi

Sebelum ini, masalah kesihatan Kate bermula pada Januari lalu, ketika beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan abdomen jenis yang tidak didedahkan.

Sekitar bulan Mac, puteri itu kemudian mendedahkan beliau didiagnosis kanser dan memberitahu sedang menjalani rawatan disamping memerlukan privasi semasa tempoh pemulihannya.

Berita itu disifatkan Kate sebagai “kejutan besar” selepas “beberapa bulan yang sangat sukar.”

Penampilan awam pertama Kate selepas pengumuman itu ialah pada 16 Jun lalu apabila beliau menyertai keluarga diraja melambai dari balkoni Istana Buckingham sempena acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Color.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kate Middleton Selesai Jalani Kemoterapi

Menjelang kemunculan itu, puteri mengeluarkan kenyataan peribadi yang optimistik tetapi berhati-hati, mengumumkan kepulangannya sambil memberitahu belum “belum pulih sepenuhnya ” dan mengalami “hari yang baik dan hari buruk” dengan rawatan kansernya.

Penampilan terbaharu Kate ialah pada Julai lalu apabila beliau diberi tepukan gemuruh di Wimbledon semasa menghadiri perlawanan akhir kejohanan tenis perseorangan lelaki.

Sumber: X Istana Kensington

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd