Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Puad Zarkashi Persoal Nasib SG4 Group Jika PN Tumbang Di Kedah, Terengganu, Perlis

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi persoal nasib syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) jika kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) tumbang di satu atau dua negeri yang terlibat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Puad berkata tidak mustahil untuk Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri di bawah pimpinan PN.

“Apa akan jadi kepada syarikat SG4 jika satu atau dua kerajaan negeri PN bertukar tangan? Terengganu, Kedah dan Perlis bukan mustahil dirampas semula oleh BN,” katanya.

Puad Zarkashi persoal nasib SG4 Group jika PN tumbang

Puad Zarkashi Persoal Nasib SG4

Foto: Free Malaysia Today

Dalam pada itu, Mohd Puad juga berkata pelbagai masalah juga akan timbul dengan penubuhan syarikat tersebut, termasuk dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, beliau turut menyindir Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwanya tidak suka berkongsi.

Artikel lain: Pemuda Bersatu Buat Laporan Polis, Dakwa Zahid Tipu Agong Isu Akuan Berkanun

“Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah. Tidak pernah empat negeri berkongsi buat satu syarikat.
“Sanusi pula tidak syka kongsi-kongsi. Takut sanusi kata, ‘Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi.
“Justeru, penubuhan syarikat SG4 ini bermotifkan politik bukan, bukan perniagaan. Apa lagi penasihatnya adalah Tun M,” ujarnya.

Puad Zarkashi Persoal Nasib SG4

Foto: Malay Mail

Sebelum ini, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah menubuhkan syarikat SG4 bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada keempat-empat negeri itu secara saksama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, penasihat SG4 pula adalah Tun Dr Mahathir dan beliau berkata setiap negeri di bawah pentadbiran PN itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.

Katanya lagi, keempat-empat negeri itu akan memiliki 25 peratus supaya negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis juga akan menerima hasil disamping keuntungan SG4 akan diagihkan secara saksama.

Sumber: Facebook Dr Puad Zarkashi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd