Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Takaful Malaysia Catat Pendapatan Lebih RM800 Juta Pada Suku Kedua

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatatkan prestasi kewangan yang sihat dan pertumbuhan konsisten pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024.

Takaful Malaysia catat pendapatan lebih RM800!

Ia mencatatkan peningkatan dalam pendapatan takaful kepada RM862.5 juta bagi suku kedua dalam tempoh tinjauan, berbanding RM717.2 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya terus mengekalkan kedudukan kukuh dalam industri insurans dan takaful yang kompetitif untuk mencapai keputusan kewangan berdaya tahan pada separuh pertama tahun ini.

Takaful Malaysia

Foto: Carian google

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM286.9 juta untuk setengah tahun berakhir 30 Jun 2024, meningkat sebanyak 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya sebanyak RM261.4 juta.
“Ini disebabkan oleh margin perkhidmatan kontraktual (CSM) serta keuntungan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful am kami.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain mengukuhkan operasi dan perniagaan teras pihaknya dalam bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am, mereka terus memberi tumpuan bagi memperluaskan perniagaan takaful am melangkaui segmen motor.

Takaful Malaysia

Foto: NST

“Kami juga mempelbagaikan portfolio dalam pasaran runcit melalui penawaran produk yang komprehensif dan mampu milik untuk memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan, sekali gus mencapai matlamat perniagaan jangka panjang,” ujarnya.

Untuk makluman, keuntungan Takaful Malaysia selepas zakat dan cukai bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM196.0 juta daripada RM185.7 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Artikel lain: Takaful Malaysia Catat Peningkatan 40%, Pendapatan RM892.2 Juta Bagi Suku Pertama TK2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Nor Azman berkata sempena ulang tahun ke-40 syarikat dan sebagai perintis dalam industri insurans patuh shariah, pihaknya kekal berdaya saing untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran runcit melalui platform dan jenama digital, Kaotim yang menawarkan rangkaian perlindungan komprehensif dan mampu milik serta mudah diakses.

Takaful Malaysia

Foto: BERNAMA

“Kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan prestasi mampan dalam portfolio perniagaan teras kami, sekaligus menyelaraskan pertumbuhan dengan tanggungjawab alam sekitar untuk memberikan nilai yang konsisten kepada para pemegang kepentingan kami.
“Kami komited kepada agenda digital kami, yang merangkumi integrasi teknologi, mengoptimumkan operasi perniagaan kami serta meningkatkan pengalaman pelanggan—yang memainkan peranan penting untuk memastikan kemampanan masa depan perniagaan kami,” katanya lagi.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Spotlight

Selebriti popular Korea Selatan, T.O.P BIGBANG dikhabarkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk tetapi nekad meneruskan sesi penggambaran bagi drama bersiri Netflix Squid Game 2....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd