Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penarik Kereta Ditemui Meninggal Dunia, Mulut Berbuih

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut pada jam 6.17 petang.

“Orang ramai mendapati dua individu terbabit dipercayai tidak sedarkan diri berada dalam sebuah kereta sebelum menghubungi talian MERS 999.
“Kakitangan perubatan dari Hospital Ampang yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan mendapati mereka telah meninggal dunia,” katanya pada Rabu.

Mohd Azam berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan yang dinaiki dua individu tersebut masih dalam keadaan hidup selain keempat pintu serta tingkap dalam keadaan tertutup.

“Pintu bahagian penumpang dan pemandu kemudiannya dibuka dan didapati kedua-dua individu terbabit dalam keadaan mulut berbuih serta tidak sedarkan diri.
“Selain itu, pemeriksaan turut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh badan kedua-dua individu itu,” ujarnya.

Semakan mendapati dua individu berkenaan adalah warga tempatan yang berusia lingkungan 30an dan mayat kedua-keduanya dibawa ke Hospital Ampang bagi proses bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd