Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rokok Letak Di Bahagian Tak Halal? Na’im Akan Bincang Dengan KPDN

Menteri agama, Mohd Na’im Mokhtar akan membincangkan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.

Foto: Facebook Mohd Na’im Mokhtar

Menurut laporan malaysiakini, Mohd Na’im ditanya media berhubung cadangan tersebut susulan rokok difatwakan haram sejak 1995, manakala vape dan rokok difatwakan haram sejak 2015.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada perspektif kita ialah bahagian fatwa itu (pengharaman rokok).
“Jadi, sejauh mana nak menentukan (rokok) itu duduk di seksyen halal atau tidak, yang itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 
“Jadi, saya akan cuba bincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi, hari ini.

Berdasarkan laporan perubatan, penggunaan tembakau merupakan salah satu ancaman kesihatan awam terbesar yang pernah dihadapi dunia dengan statistik menunjukkan tabiat itu membunuh lebih daripada lapan juta penduduk dunia saban tahun.

Sumber: malaysiakini dan Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid, Fadhilahnur Amin & Ain Balqis Ahmad Parmy)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd