Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saluran Darah Ke Otak Pecah, Pelajar Tajaan Petronas Kini Terlantar Sakit

Pelajar cemerlang tajaan Petronas, Muhammad Amirul Nazmi Sam disahkan mengalami saluran darah pecah selepas pengsan pada 18 Disember lalu.

Pelajar tajaan Petronas terlantar sakit

Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Amirul Nazmi dijadualkan menamatkan penagjian A-level di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pada Mac ini sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom pada Jun.

Bagaimanapun, pelajar tajaan Petronas ini terlantar sakit selepas ditemui pengsan oleh seorang tukang cuci di rumah yang disewa kira-kira pada jam 9 pagi.

Difahamkan, pelajar berusia 20 tahun itu pengsan di ruang tamu  pada hari yang sama dia sepatutnya bertolak pulang ke Terengganu, berikutan cuti semester.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, ibunya, Wan Murni Wan Ngah berkata, anaknya terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan.

“Anak saya kemudian di rujuk ke Hospital Cyberjaya dan ditempatkan di unit rawatan rapi selama 12 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.
“Selepas 16 di Hospital Cyberjaya, anak saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dan di tempatkan di sana selama tujuh hari,” katanya.

pelajar tajaan petronas

Ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang sapu itu berkata, imbasan yang dilakukan pihak hospital mendapati saluran darah ke otak anaknya pecah hingga mengakibatkan anaknya lumpuh sebelah badan bahagian kanan.

Wan Murni berkata, anaknya terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun dan berdoa agar kembali pulih serta sihat seperti sedia kala.

Malah, dia juga terpaksa meminta cuti daripada majikan dan terpasa berhenti kerja sekiranya keadaan anak tidak menujukkan sebarang perubahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Muhammad Amirul, kini bergantung sepenuhnya kepada susu dan lampin pakai buang dan saya juga menerima RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya lagi.

Selain menggunakan wang simpanan, adik-beradiknya juga banyak membantu meringankan beban dalam menguruskan dua lagi anak yang masih menuntut pengajian di universiti awam dan seorang di sekolah sains di Terengganu.

Sekadar info, Muhammad Amirul Nazmi merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun dan mendapat tajaan Petronas selepas memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun CIMB Bank bernombor 7645426650 di atas nama Wan Murni Wan Ngah.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd