Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Di Lampu Isyarat: Saksi Nampak Jelas Honda Jazz Rempuh Motosikal

Saksi Nampak Jelas

Salah seorang saksi nampak jelas mengenai kejadian kemalangan maut membabitkan dua motosikal dirempuh sebuah kereta yang gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, pada Khamis.

Individu dikenali Edy Noor Reduan, 44, tampil membuat pendedahan menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Dataran Senawang dan kemalangan berlaku jelas dilihatnya di depan mata.

“Saya berada betul-betul di hadapan lampu isyarat ketika kejadian berlaku, jadi saya nampak semuanya dengan jelas. Saya juga saksi bahawa motor tersebut memang mematuhi undang-undang.
“Motor yang keluar dari simpang itu, saya perasan lampu isyarat di sebelah sana sudah bertukar hijau sebelum motor itu bergerak keluar, lalu dia dilanggar.
“Saya nampak macam mana kereta Honda Jazz itu merempuh motosikal yang baru keluar simpang lampu isyarat dan bunyi dentuman itu sangat kuat,” katanya

Saksi Nampak Jelas

Kakitangan swasta itu juga memberitahu serpihan kesan dentuman tersebut turut terkena pada kenderaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudiannya terus keluar dari kenderaan untuk membantu, namun berubah fikiran selepas melihat keadaan mangsa yang agak mengerikan.

Katanya, sehingga hari ini dia masih terbayang-terbayang kejadian berlaku sehingga sukar untuk tidur.

“Saya niat nak tolong, tapi bila saya tengok keadaan mangsa yang agak mengerikan, saya tak berani dan naik semula kereta tinggalkan lokasi.
“Waktu itu pun dah ramai orang berlari ke situ. Saya biasa tengok kemalangan depan mata, tapi kali ini ia betul-betul beri kesan (trauma) kepada saya,” katanya.
“Namun, saya akan tampil sebagai saksi bagi beri keadilan kepada mangsa”ujarnya.

Edy Noor Reduan berkata, terpanggil untuk berkongsi kejadian berlaku di media sosial selepas geram dengan kenyataan kakak pemandu Honda Jazz yang mahu keadilan buat adiknya.

“Jadi kepada kakak yang langgar tu, janganlah cerita soal takdir soal ujian. Adik engkau yang langgar aku nampak depan mata aku. Dah beberapa saat dia langgar lampu merah tu sangat laju dan nyawa aku sendiri hampir melayang,”katanya lagi.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis kira-kira jam 10.30 pagi pada Ahad dan bersedia tampil sebagai saksi kejadian berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@edynoorreduan

Katanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya.. kelajuan, dentuman, letopan, kebakaran dan …

♬ Last Hope – Steve Ralph

Artikel lain: Insiden Di Lampu Isyarat: Kakak Pemandu Honda Jazz Pula Minta Keadilan

Terdahulu, dua dilaporkan mangsa maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal yang dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Heights.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss masing-masing berumur 15 dan 16 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada sebuah Honda Jazz dipandu seorang lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi.

Pemandu Honda Jazz dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal di sebelah kiri di tempat kejadian.

Sumber: TikTok edynoorreduan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd