Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sah! Individu Tak Siuman Serang Imam Juga Positif Dadah

Baru-baru ini, individu dipercayai kurang siuman telah menyerang seorang imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad. Suspek dipercayai menyerang imam berkenaan dengan menggunakan selipar ketika menunaikan solat Subuh pada Ahad lalu.

Terbaharu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan individu berkenaan sebenarnya bukan sahaja mempunyai masalah mental, malah seorang penagih dadah.

Tambah Ramli Mohamed, suspek dipercayai berhalusinasi mendengar imam yang memimpin solat Subuh ketika itu memanggil namanya sekaligus bertindak sedemikian.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang bekas tentera mempunyai rekod jenayah dan mengalami masalah mental.
“Suspek kini ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan kesalahan kacau ganggu,”jelasnya.

Tambah Ramli, lelaki tersebut juga merupakan seorang gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Squara di bandar berkenaan sebagai tempat tidur dan merayau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan dan suspek sudah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

Sumber: Utusan Online! (Norhafizan  Zulkifli)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd