Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Rukun Negara Bukan Sekadar Ikrar Di Bibir

Rukun Negara nadi pendidikan rakyat Malaysia. Setiap warga Malaysia pasti melafazkan ikrar Rukun Negara ini seminggu sekali dalam perhimpunan mingguan di peringkat sekolah. Apabila tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah tiada lagi rutin ucapan ikrar tersebut. Soalan yang timbul, adakah ikrar yang diucapkan hanya di bibir dan tiada kesan di hati sehingga melanggar rukun kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan rukun yang kelima; kesopanan dan tata susila? Rukun kelima merupakan teras keharmonian hidup sesama rakyat yang pelbagai bangsa, agama, fahaman politik, status ekonomi dan sosial.

Rukun Negara bukan sekadar ikrar

Jika ditelusuri sejarah negara Malaysia, Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 selepas tragedi 13 Mei 1969 dengan tujuan memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun Rukun Negara yang berumur 53 tahun ini kekal tetapi kemakmuran negara dan perpaduan masyarakat sering dicabar, digugat oleh pelbagai pihak yang melaungkan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan dan pemikiran masyarakat Malaysia MADANI. Agenda Malaysia MADANI membutuhkan kestabilan negara dan perpaduan rakyat dalam menjayakannya. Jika rakyat sibuk berbalah di media sosial dan pemimpin mementingkan agenda parti dan peribadi, mana mungkin negara mencapai Baldatun tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Pemimpin dan rakyat perlu sederap seayun selangkah, sehaluan setujuan dalam melayari bahtera pembangunan dan kemajuan.

Keharmonian dicapai melalui kefahaman bukan secara paksaan atau kekerasan maupun kata-kata kesat dan mencarut serta menghina sesama sendiri. Ia terhasil daripada rukun kelima kesopanan dan kesusilaan. Konflik pasti ada tetapi kaedah penyelesaian secara aman akan membuahkan keamanan dan kemesraan serta menyebarkan keharmonian. Sebagai contoh, pada era ini, sidang parlimen boleh diikuti oleh seluruh rakyat malah dunia melalui siaran langsung maupun rakaman di saluran television dan media sosial. Soalannya, adakah perlu berhujah dan berbahas dengan menyelitkan kata-kata kesat menghina dan mencarut? Ia cerminan Rukun Negara kelima dan tahap pendidikan akhlak serta adab pemimpin yang dipilih rakyat Malaysia di mata dunia. Kelak ikut hat mati ikut rasa binasa.

Selain daripada itu, warga netizen dengan jabatannya berperang sesama sendiri menggunakan senjata papan kekunci mengherdik, menyumpah seranah, menghukum sewenangnya, melabel sesiapa sahaja yang tidak sehaluan atau tidak sependapat. Tiada lagi adab menegur dan membakulsampahkan Rukun Negara kelima serta suruhan agama. Tiada agama di dunia ini yang menggalakkan permusuhan dan perbalahan. Jangan nanti menang bersorak kampung tergadai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dunia mengutuk kezaliman dan pencerobohan Israel ke atas Palestin atas faktor keagamaan dan kemanusiaan. Di sisi yang lain, tanpa diteliti, segelintir warga netizen turut menceroboh privasi dan menzalimi sesama sendiri dengan komen-komen negatif dan berbaur fitnah. Serangan psikologi yang halus dan lebih tajam daripada mata pedang ini berjaya membunuh jiwa-jiwa dan karakter individu- individu dengan alasan ”sekadar bahan siaran”. Soalannya, adakah kerosakan yang dilakukan akan pulih dengan ucapan ”sekadar bahan siaran”. Sikap mengejar ”like” dan populariti di media sosial telah menjadikan pengguna rakus membuka aib sesama sendiri.

Artikel lain: Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid

Justeru, pemerkasaan Rukun Negara kelima: kesopanan dan kesusilaan penting dicakna oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira latar belakang politik, agama, bangsa, negeri dan sosio ekonomi. Golongan berpendidikan tinggi maupun rendah: T20, M40 dan B40 kesemuanya perlu beradab dan mengamalkan gaya komunikasi bangsa yang bertamadun. Ia penting bagi memastikan indeks kebahagiaan meningkat dan produktiviti mencanak. Beberapa kajian mendapati bahawa individu yang bahagia lebih berfikiran bernas, produktif dan inovatif. Kualiti individu bertambah baik dan manfaatnya akan kembali kepada masyarakat dan negara. Bersatu bertambah mutu.

Tumpuan kepada pembinaan adab, kesopanan dan tata susila tidak boleh dikesampingkan atau diremehkan ketika negara mengejar kemajuan material dan fizikal. Bangsa yang tidak beradab tidak akan mencapai kemajuan dek kerapuhan jiwa. Jiwa rapuh senang dihinggapi pelbagai penyakit yang merupakan salah satu faktor penghalang kemajuan. Sejarah telah membuktikan kecemerlangan tamadun berpaksikan adab dan akhlak sesama manusia, haiwan dan alam sekitar. Justeru, pembangunan adab, kesopanan dan ketatsusilaan perlu seiring seia sejalan dengan kemajuan yang diimpikan oleh Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Prof. Madya Dr. Aizan Ali @ Mat Zin
+ posts

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]

Avatar

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd