Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rider Motosikal Berkuasa Tinggi Dari Indonesia Terkejut, Petugas Stesen Minyak Halang Isi RON95

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berkunjung ke Malaysia.

Rider motosikal berkuasa tinggi tak boleh isi RON95

@mahong.dentist_adventure

Suami istri motoran dari Indonesia untuk keliling dunia. Mencoba isi minyak subsidi di spbu shell #motoran #motortouring #suzukivstrom250sx #motorcycle

♬ suara asli – Mahong.Dentist_mototravels – Mahong.Dentist_mototravels

Menerusi hantaran di TikTok @mahong.dentist_adventure, penunggang motosikal tersebut ingin mengisi minyak namun tidak mahu menggunakan bahan bakar jenis RON97 seperti yang telah diwartakan kerajaan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, lelaki itu meminta petugas di stesen minyak terbabit mengisi bahan bakar jenis RON95 berbanding RON97 kerana harganya yang jauh lebih murah.

“RON95 boleh? Ala sepuluh ringgit sahaja,” kongsinya di TikTok, semalam.

Bagaimanapun, petugas tersebut tidak mengiakan permintaan lelaki berkenaan biarpun hanya meminta agar motosikalnya dapat diisi sebanyak RM10 sahaja dan mengarahkan rider itu membayar sendiri di kaunter pembayaran.

Rider motosikal berkuasa tinggi tak boleh isi RON95

Penunggang motosikal itu dilihat terkejut setelah mengetahui bahawa dirinya tidak boleh menggunakan minyak RON95 yang sudah diberikan subsidi buat rakyat di Malaysia dan terpaksa akur mengisi minyak yang lebih mahal dengan jumlah kuantiti lebih sedikit.

“Suami isteri menaiki motosikal keliling dunia, muncuba mengisi minyak subsidi di PETRON,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dikatakan, pasangan suami isteri tersebut sudah mengelilingi dunia bersama motosikalnya sebelum tiba ke Thailand selain mendakwa bahawa mereka dibenarkan mengisi minyak RON95 di negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rider motosikal berkuasa tinggi tak boleh isi RON95

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengecam tindakan lelaki itu kerana mendakwa ingin mencuri hak keistimewaan rakyat Malaysia iaitu mengisi minyak bersubsidi yang diperuntukkan buat kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja.

Malah, ada juga yang kurang senang dengan sikap angkuh penunggang motosikal itu dan meminta untuk mengisi minyak sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

RON95 untuk rakyat Malaysia sahaja

Rider motosikal berkuasa tinggi tak boleh isi RON95

Tegas petugas PETRON

Jangan berlagak sangat

Artikel lain: Subsidi RON95: Kerajaan Pertimbang Penggunaan MyKad, E-Dompet

Untuk rekod, sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02 sen) dan Arab Saudi (RM2.66). Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Mahong.Dentist_mototravels

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Lokal

Majlis konvokesyen merupakan hari yang ditunggu oleh semua graduan malah ada juga yang tidak sabar melakukan sesi ‘pre-convo’ untuk mengabadikan momen terindah sepanjang berhempas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd