Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rancang Percutian Dengan Tenang, Elak Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara

Menjelang cuti persekolahan Sesi 2023/2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengingatkan kepada pembayar cukai agar menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan terlebih dahulu agar percutian ke luar negara tidak tergendala.

Tindakan sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (AKCHT 1976) adalah antara tindakan yang diambil oleh HASiL ke atas mana-mana individu yang tidak menjelaskan tunggakan cukai mereka setelah tindakan-tindakan berikut diambil.

Sekatan perjalanan ke luar negara

Artikel lain: Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal Mulai 1 Mac 2024 – HASiL

Antaranya, pengeluaran surat tuntutan bayaran tunggakan cukai, panggilan telefon, pengeluaran e-mel pemakluman tunggakan, pengeluaran surat pemberitahuan tindakan sivil di mahkamah dan tindakan guaman sivil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga 31 Disember 2023, bilangan kes sekatan perjalanan melibatkan pengarah syarikat adalah sebanyak 12,846 kes manakala indvidu adalah sebanyak 179,719 kes.

“Bagi menyemak status semasa percukaian, pembayar cukai boleh melayari portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan juga semakan status sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.
“Sekiranya pembayar cukai mempunyai rekod tunggakan cukai serta dikenakan tindakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Gambar hiasan

Melalui pendekatan Awareness, Education, Services (AES) dalam pelaksanaan operasi percukaian, HASiL sentiasa terbuka dan komited untuk menjadi pemudahcara kepada pembayar cukai.

Oleh itu, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk tampil ke pejabat HASiL bagi berbincang dan berunding dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik sekiranya berhadapan dengan sesuatu kesalahan atau kesulitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembayaran tunggakan cukai pendapatan boleh dibuat melalui Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus https://byrhasil.hasil.gov.my/; atau portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; atau mesin deposit tunai/ Mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd