Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tetap Degil Bercuti Ke Selatan Thailand, Ribuan Rakyat Malaysia Abaikan Amaran Keselamatan

Keinginan untuk merasai pengalaman bercuti di luar negara dipercayai menjadi antara faktor utama yang mendorong ribuan rakyat Malaysia terus berkunjung ke Selatan Thailand meskipun amaran keselamatan masih berkuat kuasa.

Aliran masuk ke sana tinggi waktu cuti sekolah

Memetik laporan daripada Bernama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan aliran keluar masuk di tiga pintu sempadan utama negeri itu iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga kekal tinggi, terutama pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

“Apabila tiba musim cuti sekolah, jumlah itu meningkat dengan ketara sehingga mencecah antara 6,000 dan 7,000 orang sehari.
“Secara keseluruhan, pergerakan keluar masuk melibatkan pemegang pas sempadan dan pasport boleh mencecah sehingga 10,000 orang sehari. Kita sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal.
“Bila dan di mana insiden letupan atau tembakan akan berlaku, tiada siapa yang tahu. Amaran perjalanan yang dikeluarkan Wisma Putra sejak tahun lalu masih berkuat kuasa sehingga kini, namun ramai rakyat kita dilihat tidak mengendahkannya dan tetap sanggup beratur panjang,” katanya.

Anggap percutian ke luar negara

Menurut beliau, faktor psikologi turut memainkan peranan apabila ramai menganggap perjalanan ke Thailand sebagai pengalaman bercuti di luar negara walaupun jaraknya sangat dekat dengan sempadan Malaysia.

“Rakyat kita ini, apabila mendapat cop pasport, mereka sudah menganggapnya sebagai percutian luar negara, sedangkan destinasi itu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.
“Selain itu, faktor kewangan turut menjadi tarikan kerana nilai mata wang negara jiran yang lebih kompetitif membolehkan mereka berasa seronok untuk berbelanja besar di sana,” katanya.

Beliau turut mencadangkan pembangunan semula pekan sempadan seperti Rantau Panjang bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan merancakkan ekonomi setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd