Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ranbir Kapoor Akui Bergantung Pada Isteri, Tak Makan Kalau Alia Bhatt Tiada Di Sisi

Pelakon Ranbir Kapoor mengakui sangat bergantung kepada isterinya, Alia Bhatt dalam menjalani kehidupan seharian sejak mereka berkahwin pada April lalu.

Memetik laporan Times of India, pelakon berusia 40 tahun itu pernah ‘bercakap besar’ kononnya mampu berdikari tetapi serba tidak kena apabila ketiadaan Alia di sisi.

View this post on Instagram

A post shared by Ranbir kapoor 🔵 (@ranbir_kapoooor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya selalu berbangga menganggap saya sangat berdikari, tetapi hakikatnya saya memerlukan dia. Saya tak pergi ke bilik air atau makan jika tak tahu di mana Alia berada.
“Dia sangat penting untuk berada di sebelah saya. Tak kisah kalau kami tak buat apa-apa pun, dia hanya perlu duduk di sebelah saya,” katanya dalam satu temu bual bersama Navbharat Times.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ranbir berkata demikian bagi mengulas mengenai filem terbaharu lakonan mereka berjudul Brahmāstra: Part One – Shiva yang kini sedang ditayangkan di pawagam termasuk Malaysia.

Lebih menarik perhatian apabila lokasi filem itu adalah tempat pasangan tersebut mula menjalinkan bait-bait cinta sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

View this post on Instagram

A post shared by Ranbir kapoor 🔵 (@ranbir_kapoooor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem arahan Ayan Mukerji itu mengisahkan tentang Shiva (Ranbir), iaitu seorang pemuzik yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Dia cuba memahami hubungan dan kekuatan dalam dirinya dengan elemen api, dimana Isha juga (Alia) berperanan menjadi kekasihnya.

Sumber: Times of India

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli mendedahkan suaminya pernah mengkritik dan menegur soal penampilannya yang dikatakan ‘selekeh’ terutama memakai purdah. Inara mendedahkan perkara tersebut...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila terdapat pihak melabelkan dirinya sebagai seorang kafir, kurang berilmu dan...

Politik

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ telah didakwa di Mahkamah Seksyen selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Advertisement