Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Putus Hubungan Dengan Syarikat Berkaitan Israel Akan Jejas Ekonomi Negara – PM

Tindakan putus hubungan dengan syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara akan jejas ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sememangnya sebelum ini kerajaan telah memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu.

Putus hubungan dengan syarikat berkaitan Israel jejas ekonomi negara

Putus Hubungan Syarikat Israel Jejas Ekonomi

Foto: Utusan

Bagaimanapun, jika tindakan sama diambil terhadap syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel khususnya yang beroperasi luar daripada negara itu akan memberi kesan terhadap Malaysia sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Baik, bagaimana syarikat asing yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China tapi ada kaitan dengan Israel?
“Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan hubungan itu kerana ia menjejaskan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di Petaling Jaya pada Jumaat.

Anwar berkata demikian bagi mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia  Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada firma Global Infrastructure Partners (GIP).

Foto: Free Malaysia Today

Firma GIP ini bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di AS dan ia didakwa membiaya pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Menurut beliau, dia yakin sebahagian daripada yang menentang ada hujahnya dan ikhlas namun terdapat beberapa pihak yang akan mengambil kesempatan isu ini bagi kepentingan politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MCMC Nafi Dakwaan Jadi Alat Untuk Tutup Mulut Pengkritik Kerajaan

“Umat Islam khususnya rakyat Malaysia berpakat la. Kita dari segi kerajaan dan saya sendiri buat pendirian maksimum depan kuasa besar, jumpa pemimpin Hamas. Kita dah buat sedaya upaya kita.
“Saya percaya sebahagian yang menentang ada hujahnya dan ikhlas, tapi sebahagiannya nak tunggang politik. Jangan guna isu ini kerana isu ini harus persatukan kita,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rundingan dengan GIP harus dilakukan terlebih dahulu.

“Kita runding dulu dengan GIP. Akhir tahun lalu, Blackrock ambil alih (GIP). Syarikat yang ada kepentingan Blackrock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan pihaknya tidak mahu mengambil tindakan terhadap syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan Israel kerana dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

Bagaimanapun, jika syarikat tersebut sah berasal dari Israel, beliau tidak akan menutup mata dan bakal mengambil tindakan yang sepatutnya iaitu tidak membenarkan operasi di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja.
“Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu yang saya nak jelaskan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Anwar turut berkata beliau terbuka untuk mnerima sebarang kritikan daripada pembangkang berhubung dengan isu ini.

Namun, mereka juga perlu menghulurkan bantuan dan bersama-sama dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza.

“Boleh tegur dan kritik saya, tiada masalah tapi jangan  nak tunjuk siapa lebih pahlawan. Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini (Malaysia) dulu?
“Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan PM pada 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin, termasuk mantan mantan menteri yang dok bising sekarang?” soalnya.

Disamping itu, Anwar turut mengingatkan beliau yang membuat keputusan untuk membatalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi di negara ini.

“Di PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap bolehlah lawan, tetapi dalam soal Gaza ini, umat Islam di Malaysia bersatulah.
“Orang mati. Sakit dan kita cari jalan untuk menyelamatkan. Kalau nak apa yang disebut skor political point ini bukan tempatnya,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini....

Nasional

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan...

Sosial

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa...

Sosial

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd