Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Enam Beranak: “Kes Paling Sayu Sepanjang Bertugas” – Anggota Bomba Hiba Angkat Jasad Empat Beradik

“Sepanjang bertugas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, inilah kes paling sayu yang saya hadiri,” luah Mohammad Hasri Haslan, 31, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Menurut laporan Harian Metro, Mohammad Hasri berkata, pengalaman mengangkat mayat empat beradik termasuk bayi lelaki berusia enam bulan dalam satu operasi menyelamat semalam, merupakan kes paling sayu dan meninggalkan kesan mendalam yang sukar dilupakan.

kes paling sayu

Foto: Harian Metro

“Saya paling tersentuh hati apabila melihat jasad mereka diangkat keluar satu demi satu dari dalam kereta. Saya duduk di atas kereta Proton Iswara yang telah dibawa naik ke tebing ketika jasad mereka dikeluarkan.
“Jasad pertama ialah kanak-kanak perempuan, kemudian bayi lelaki berusia enam bulan, disusuli seorang kanak-kanak lelaki. Jasad keempat pula seorang lagi kanak-kanak perempuan,” katanya.

Artikel lain:“Janji Dapat Teruskan Hidup” – Video Lama Pasangan Tragedi Enam Beranak Jual Roti Canai Murah Undang Sebak

Mohammad Hasri berkata, selepas keempat-empat jasad kanak-kanak itu, pasukan penyelamat turut mengangkat mayat ibu mereka dan akhir sekali pemandu kereta yang juga bapa kepada kanak-kanak terbabit.

“Saya pun ada anak, bila tengok keadaan begitu, saya memang sayu dan sebak. Bayangkan nasib anak-anak sekecil itu, terutama bayi, memang sedih,” ujarnya.

Namun begitu, katanya, sebagai anggota penyelamat, walaupun in merupakan kes paling sayu yang pernah dia kendalikan,  dia tetap perlu menjalankan tugas dengan tabah walaupun dihimpit rasa hiba.

kes paling sayu

Foto: Kosmo!

Operasi menyelamat dijalankan di Sungai Korok, yang memiliki kedalaman kira-kira enam meter.

Sebelum itu, media melaporkan kes paling sayu ini dengan penemuan enam sekeluarga yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu selepas mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah di Taman Seri Aman, Jitra.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mereka ditemui dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di dasar sungai berkenaan.

kes paling sayu

Foto: Harian Metro

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izza, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan bayi lelaki mereka, Tuah Haydar yang berusia enam bulan.

Jenazah kesemua mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang di Jerlun sekitar jam 11.50 malam tadi.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd