Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pusat Konservasi Tapir Kedua Dibuka Di Negeri Sembilan, Dijangka Siap Pada 2027

Pusat Konservasi Tapir Kebangsaan pertama negara yang akan dibina di Taman Negeri, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan dijangka siap menjelang 2027.

Memetik laporan Buletin TV3, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pusat konservasi tapir itu sebagai salah satu langkah kerajaan dalam memastikan spesis haiwan terancam Tapir dapat dipelihara daripada pupus.

Pusat Konservasi Tapir kedua akan dibuka di Negeri Sembilan

Pusat Konservasi Tapir

“Kita telah pun ada pusat konservasi tapir sedia ada untuk tapir di Sg Dusun di Selangor dan kita akan buat satu lagi di Negeri Sembilan menjelang tahun 2027 sebagaimana disebut tadi antara masalah besar Tapir disebabkan kehilangan habitat dan kadar pembiakan agak rendah.
“Tempoh matang bunting seekor ibu Tapir mencapai 13 hingga 14 bulan. Biasanya yang lahir hanya seekor, jadi itu antara ancaman kepada spesis haiwan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan The Forgotten Stripes: Tapir Launch & Exhibition di INTI International College Subang di Subang Jaya, pada Rabu.

Nik Nazmi berkata, ancaman utama tapir adalah manusia dan penebangan hutan yang menyebabkan kehilangan habitatnya dan menyebabkan sebanyak 112 ekor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita anggarkan dalam negara kita 1,300 hingga 1,400 ekor Tapir Malaya, yang terbanyak berbanding beberapa negara seperti Myanmar, Thailand dan Indonesia.
“Bilangan kematian tapir pada tahun 2020 hingga Mac 2024 sebanyak 112 ekor tapir yang mati dilanggar kenderaan, itu ancaman terbesar. Langkah terbaik boleh kita ada tentulah paling baik kita tidak sentuh habitat tapir dan tidak ganggu gugat hutan yang ada,” ujarnya.

Pusat Konservasi Tapir sebagai habitat tapir

Bagaimanapun, terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan atas faktor infrastruktur dan sebagainya, justeru itu pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer (EFT) pada setiap projek pembinaan menjadi keutamaan melibatkan kawasan hidupan liar.

“Sebab itu, lintasan hidupan liar satu perkara sangat penting untuk kita berdepan situasi tersebut. Kita dah ada di Terengganu, Perak itu antara langkah kita tengok seperti di Rawang Bypass (Selangor) juga antara contoh membolehkan hidupan liar melintasi lebuhraya tersebut,” katanya lagi.

Artikel lain: KPM Ditegur Segerakan Pemerkasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid

The Forgotten Stripes: Tapir Launch & Exhibition yang diterajui oleh pelajar dari program Southern New Hampshire University di INTI iaitu Aida Sofea Nurzahid, Sheryl Neha Gobinat dan Nur Sarah Mohd Suhaimi adalah untuk membangunkan projek pemuliharaan yang menumpukan kepada perlindungan Tapir Malaya.

Pusat Konservasi Tapir di Negeri Sembilan bakal siap 2027

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University & Colleges, Chong Kok Wai berkata kampus itu boleh menjadi titik mula untuk memupuk pemahaman dan keprihatinan mendalam terhadap tapir dan spesies terancam lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita boleh bermula di kampus ini dengan memupuk pemahaman dan keprihatian yang lebih mendalam terhadap tapir dan spesies terancam lain, khususnya di Malaysia,” katanya.

Direka untuk memberikan pengalaman mendalam, pameran yang dianjurkan INTI itu meniru suasana hutan dengan bunyi alam semula jadi bagi menggalakkan pengunjung untuk memahami realiti pemuliharaan tapir.

Dalam pada itu, terdapat juga reruai interaktif permainan dan kuiz, manakala paparan visual mempamerkan karya seni Tapir Malaya hasil artis tempatan.

Sesi panel yang diketuai oleh pakar hidupan liar dari Zoo Negara dan PERHILITAN untuk memberikan wawasan mendalam mengenai usaha pemuliharaan turut dianjurkan pada pameran berkenaan.

Pada masa sama, INTI terus mengintegrasikan isu sebenar ke dalam inisiatif yang diterajui pelajar, mengukuhkan peranan dalam membentuk graduan yang bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi The Forgotten Stripes, pelajar bukan sahaja belajar tetapi turut menerajui usaha untuk melindungi biodiversiti Malaysia.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua...

Filem

Ejen Ali The Movie ditayang semula di pawagam terpilih seluruh negara bermula 6 Februari lalu sebagai inisiatif dari Primeworks Studios (PWS) dan Wau Animation...

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Nasional

Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tidak hadir menjawab semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lalu. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd