Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Individu Dakwa Proton Wira Isi Minyak RM200, Tangki Diubah Suai

Baru-baru ini, seorang individu mendakwa sebuah Proton Wira mengisi petrol RON95 sehingga mencecah RM200, menerusi video tular di aplikasi TikTok.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi kerana jumlah tersebut jauh lebih tinggi daripada kapasiti tangki asal model berkenaan.

Video berdurasi 18 saat yang dimuat naik oleh pengguna akaun @helangmalaya69_ dipercayai dirakam di sebuah stesen minyak pada waktu malam.

minyak

Berdasarkan paparan meter, jumlah RM200 tersebut bersamaan dengan kira-kira 97.56 liter petrol dan pemilik akaun berkenaan mendakwa tangki kereta tersebut telah diubah suai bagi membolehkan ia menampung kapasiti petrol lebih besar daripada biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95, Tindakan Lelaki Tegur Pemandu Dipuji

“Bayangkan, Wira boleh isi minyak sampai RM200. Nampak jelas sangat tangki dah diubah suai,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada minyak itu benar-benar dimasukkan ke dalam tangki kereta ataupun dialirkan ke tong berasingan untuk tujuan lain seperti kegunaan mesin.

Kejadian ini turut dikaitkan dengan pelaksanaan program BUDI95, di mana kerajaan menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter dengan had maksimum 300 liter sebulan bagi setiap pemegang lesen memandu aktif.

minyak

Situasi seperti ini menimbulkan persoalan sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada subsidi yang disediakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes ini menjadi peringatan kepada semua bahawa kawalan ketat terhadap pembelian petrol bersubsidi amat penting.

Had kuota 300 liter dan penggunaan MyKad sebagai pengesahan bukan sekadar prosedur tambahan, tetapi langkah untuk memastikan bantuan kerajaan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

minyak

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengubah suai tangki atau melakukan penyelewengan kerana tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan hak pengguna lain.

Dengan pemantauan berterusan, diharapkan program subsidi ini dapat dilaksanakan dengan adil dan telus, serta mengelakkan penyalahgunaan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @helangmalaya69_

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe...

Lokal

“Dia kawan daddy.” Itulah alasan yang terpacul dari mulut seorang lelaki selepas didakwa kantoi dengan isterinya ketika sedang menemani seorang wanita di sebuah klinik....

Lokal

Pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu. Jasad pengarah...

Lokal

Perlis mencadangkan pelaksanaan caj khas RM2 kepada setiap pelancong yang keluar ke Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian sebagai langkah baharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd