Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95, Tindakan Lelaki Tegur Pemandu Dipuji

Sebuah video dashcam yang dimuat naik di TikTok @_izzulislam mencuri perhatian ramai selepas memaparkan tindakan seorang pemandu tempatan, Izzul, menegur kereta dari Singapura yang didapati mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak tempatan.

ron95

Dalam rakaman itu, kelihatan Izzul menghampiri kereta berkenaan selepas menyedari ia menggunakan petrol yang tidak sepatutnya bagi kenderaan asing.

Peraturan jelas menyatakan hanya RON97 yang berwarna hijau dibenarkan untuk pemandu luar negara, manakala RON95 adalah khusu untuk rakyat Malaysia.

Teguran Izzul, yang berlaku secara tenang dan berhemah, dirakam menerusi dashcam dan kini menjadi tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kereta Singapura Isi RON95, Siap Masuk Dalam Tong Plastik Disiasat KPDN Johor

Video tersebut menjadi perbualan ramai kerana menonjolkan keberanian seorang individu menegur kesalahan kecil yang sering diabaikan, sambil menekankan kepentingan mematuhi peraturan minyak subsidi di negara ini.

Tahniah bang, berani tegur

ron95

Orang-orang JB kena tegas macamni!

ron95

Isu penggunaan RON95 oleh kenderaan asing bukan perkara baharu di negara kita, dan tindakan Izzul menjadi contoh bahawa kesedaran sivik dan keberanian menegur perkara yang salah adalah tanggungjawab bersama.

ron95

Rakaman ringkas itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah menjadi pengajaran tentang pentingnya mematuhi peraturan dalam kehidupan seharian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @_izzulislam

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd