Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Rakan Boleh Dipercaya & Penting” -Presiden Rusia Anggap Malaysia Sahabat Baik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rusia merupakan rakan karib Malaysia dalam pertemuan rasmi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Kremlin, Moscow.

PM Anwar bertemu dengan Presiden Rusia

Memetik laporan dari FMT, lawatan rasmi empat hari itu memperlihatkan hubungan dua hala yang terus kukuh, dengan Anwar menyuarakan harapan agar lebih banyak pertemuan penting dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Presiden Rusia anggap Malaysia rakan boleh dipercaya

Dalam pertemuan bersejarah tersebut, Putin turut mengiktiraf Malaysia sebagai “rakan boleh dipercayai dan penting bagi Rusia”.

Malah, beliau memuji kestabilan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara walaupun terdapat sedikit penurunan perdagangan dua hala tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suruhanjaya Antara Kerajaan perlu beri perhatian terhadap perkara ini, mencari punca dan melakukan segala usaha untuk memastikan trend pembangunan yang positif,” katanya.

PM Anwar disambut secara rasmi oleh Putin

Anwar tiba di Kremlin pada jam 1.48 tengah hari waktu tempatan dan disambut secara rasmi oleh Putin di Bilik Hijau.

Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan mesyuarat tertutup, diikuti majlis makan tengah hari serta pertemuan bersama delegasi masing-masing.

presiden rusia

Artikel lain: Malaysia Gesa Komuniti Antarabangsa Perkukuh Kerjasama Tangani Krisis Air Global

Delegasi Malaysia diketuai Anwar turut dianggotai Menteri Luar, Mohamad Hasan; Menteri Pertanian, Mohamad Sabu; Menteri Sains, Chang Li Kang; Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir; Menteri Perladangan, Johari Abdul Ghani serta Duta Besar Malaysia ke Rusia, Cheong Loon Lai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala delegasi Rusia pula membariskan nama-nama penting termasuk Menteri Luar, Sergey Lavrov; Denis Manturov; Maxim Oreshkin dan Dmitry Peshkov.

Lawatan ini dilihat bukan sahaja mengeratkan diplomasi, malah membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Rusia.

Sumber: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd