Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Gesa Komuniti Antarabangsa Perkukuh Kerjasama Tangani Krisis Air Global

Malaysia menggesa komuniti antarabangsa untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani krisis air global, satu cabaran merentas sempadan yang memberi kesan kepada semua negara tanpa mengira negara kaya atau miskin.

Perkukuh kerjasama tangani krisis air global

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkongsian strategik dan tindakan polisi yang selaras adalah keutamaan dalam menjamin masa depan air yang mampan dan berdaya tahan untuk semua.

“Sudah tiba masanya bagi masyarakat global mengiktiraf air sebagai sumber yang sangat berharga untuk kelangsungan hidup dan pembangunan manusia.
“Air merupakan nadi kehidupan planet yang menyatukan masyarakat global dalam satu tanggungjawab bersama justeru krisis air global yang merentasi sempadan dan ekonomi, menuntut kerjasama segera,” katanya.

krisis air global

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika berucap pada sesi plenari pembukaan Sidang Kemuncak Air Global 2025 yang bertemakan Delivering the Economics of Water di Paris, pada Selasa.

Artikel lain: TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

krisis air global

Fadillah turut berkongsi pendekatan progresif negara dalam pengurusan air yang mampan dengan menekankan kejayaan dan pengajaran yang diperoleh selain mengesahkan komitmen Malaysia untuk menawarkan kepakaran sebagai model bagi negara-negara menghadapi isu keselamatan air yang sama.

Sementara itu, beliau menggariskan tiga inti pati utama Agenda Transformasi Sektor Air Malaysia 2040, iaitu mengubah perspektif air dengan memberi tumpuan kepada pengurusan air sebagai sumber yang sangat bernilai dan terhad.

“Selain itu, memperkukuh kerjasama pelaburan sektor swasta untuk memacu inovasi dalam pengurusan air serta kesediaan proaktif terhadap perubahan iklim dengan meningkatkan kecekapan ramalan banjir, data pemodelan lebih canggih dan perancangan berdasarkan senario untuk membuat persiapan dan ramalan lebih baik kepada kejadian cuaca ekstrem,” ujarnya.

Turut hadir pada sidang tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)  Asdirhyme Abdul Rasib serta Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd Narendran Maniam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd