Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Kerajaan perlu nyatakan dengan jelas sama ada SST batal atau tangguh” – Presiden MCA

Presiden MCA, Wee Ka Siong meminta penjelasan daripada kerajaan berkaitan pelaksanaan peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijadualkan pada 1 Mei ini akan diteruskan seperti yang dirancang atau akan ditangguhkan.

Menurut beliau, berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan di Dewan Rakyat pada 6 Februari lalu, pelaksanaan SST yang telah disemak semula skopnya dijadualkan untuk diwartakan pada suku pertama tahun ini, setelah proses perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.

Bagaimanapun, ia masih belum diwartakan mahupun dibahaskan secara meluas di Parlimen dan tidak banyak bukti menunjukkan bahawa perbincangan mendalam dengan pihak industri dilakukan.

Presiden MCA

Presiden MCA

“Kerajaan perlu menyatakan dengan jelas sama ada pelaksanaan SST yang dijadualkan pada Mei 2025 telah dibatalkan atau ditangguhkan.
“Jika ditangguhkan, nyatakan dengan telus bila tarikh baharu yang disasarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Wee yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam menyeru kepada pihak kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan SST memandangkan hanya berbaki 25 hari sebelum tarikh pelaksanaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PETRA Perkenal Program CREAM, Penuhi Komitmen ESG Pengunaan Tenaga Elektrik Hijau

Presiden MCA

“Langkah ini akan membantu mengurangkan ketidaktentuan dalam pasaran dan membolehkan peniaga serta pelabur merancang dengan lebih baik.
“Ia juga memberi sedikit ruang bernafas kepada rakyat yang sudah pun terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan dalam ketakutan terhadap tekanan ekonomi yang makin meningkat,” katanya.

Berdasarkan jawapan bertulis daripada Kementerian Kewangan, kerajaan mencadangkan untuk mengekalkan kadar cukai jualan pada 0% bagi barangan keperluan asas.

Sementara itu, kadar cukai 5% dan 10% pula akan diperluaskan kepada barangan yang bukan keperluan asas, barangan yang diproses, bernilai tinggi, serta barangan import.

Bagi cukai perkhidmatan, kadar yang dicadangkan adalah 8%, berbanding 6% sebelum ini, dan ia akan diperluaskan kepada sektor-sektor perkhidmatan tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Wee Ka Siong 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris kini secara rasmi menggalas tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) yang baharu, menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd...

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd