Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Elak Salah Tafsir, Prasarana Tarik Balik Iklan Kontroversi & Perketat Saringan Kandungan Visual

Prasarana Tarik Balik Iklan

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Prasarana mengakui menerima maklum balas berkaitan kandungan visual tersebut dan telah mengambil tindakan segera.

Prasarana Tarik Balik Iklan Kontroversi

Menurut syarikat pengendali rel dan bas utama di Lembah Klang itu, visual iklan berkenaan mempromosikan produk penjagaan diri dan bertujuan menunjukkan pelbagai situasi harian rakyat Malaysia. Bagaimanapun, ia telah menimbulkan kekeliruan dan dikhuatiri menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Sebagai langkah tanggungjawab, visual tersebut telah ditarik balik daripada tren Laluan Ampang/Sri Petaling. Prasarana juga mengumumkan akan memperketat proses semakan visual bagi semua iklan yang dipaparkan pada aset kendalian mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Visual kami tidak menyasarkan mana-mana individu atau komuniti. Tapi selepas terima maklum balas daripada orang ramai, kami ambil iktibar dan akan pastikan semakan masa depan melibatkan sensitiviti kaum, agama dan sosial dititikberatkan,” jelas kenyataan itu.

Artikel lain: Prasarana Komited Terajui Sistem Pengangkutan Negara Ke Arah Kelestarian

Prasarana turut merakamkan penghargaan kepada pengguna atas keprihatinan yang ditunjukkan, dan menegaskan komitmen mereka dalam memastikan kandungan yang dipaparkan sesuai dengan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sumber: FB Rapid KL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd