Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit Kes Simbah Asid Ke Arah Faisal Halim

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes simbahan asid ke arah pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Damansara dalam satu insiden semalam.

Menurut satu laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan laporan penahanan seorang lelaki berusia 20-an dan perintah reman akan dikeluarkan pada hari ini.

Foto: Scoop

“Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa. Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, EXCO Selangor Mohd Najwan Halimi memaklumkan bahawa Faisal mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat diserang individu yang tidak dikenali selepas disembah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Foto: Media Sosial

“Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang sedang dirawat di sebuah hospital, dekat sini, lecur pada bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga mengecam keras serangan tersebut dan berharap agar pihak polis menjalankan siasatan sekali gus membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini, serta dikurniakan kesembuhan segera,” tambahnya lagi.

Foto: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Faisal masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan kini dilaporkan stabil, siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut masih dijalankan manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd