Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Insiden Anggota TLDM Bergaduh Di Stadium Bola Di Lumut

Polis Daerah Manjung melaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap insiden pergaduhan yang membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Stadium Pangkalan TLDM Lumut, Manjung, Perak pada Isnin lalu.

Menurut satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihak IPD Manjung telah menerima satu laporan daripada pengadu, anggota TLDM berumur 26 tahun pada 28 Mei lepas.

Foto: New Straits Times

“Pada 27 Mei lebih kurang 7.15 petang, semasa pengadu berada di Stadium Bola Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika sedang melihat perlawanan bola di antara Unit MKPL dan Paskal.
“Tiba-tiba pihak penyokong (Paskal) sebelah pemain di dalam stadium telah memukul pengadu secara beramai-ramai kerana  tidak berpuas hati dan menuduh pengadu ada memberi isyarat menunjukkan jari tengah (fuck) kepada mereka,” katanya hari ini.

Foto: Tangkap layar video tular

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pengadu melaporkan bahawa dia tidak memberikan sebarang isyarat dan ‘f**k’ tersebut selain telah menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HATI).

“Pengadu telah mengalami kecederaan sakit di bahagian muka, rusuk kanan, leher kiri dan kepala.
“Kes telah diklasifikasikan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerena telah melakukan rusuhan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya,” ujarnya.

Foto: Tangkap layar video tular

Mohamed Nordin turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Nazari Yaakob bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook IPD Manjung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd