Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Didakwa Tembak Isteri Hingga Maut Merayu Nak Lawat Pusara Arwah

Anggota polis berpangkat Lans yang didakwa menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27 dengan lebih dari lima tembakan meminta agar dibawa ke pusara allahyarham.

Permintaan itu dibuat sewaktu dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret pagi tadi.

“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya.” ujarnya.

Tenang ketika pertuduhan dibacakan

Memetik laporan dari Berita Harian, tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27 yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empatpada 5 Mac lalu hanya menjawab faham sewaktu  pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bakal dihantar ke hospital psikiatri

Difahamkan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia juga tidak diwakili peguam dan pendakwaan tersebut dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail.

Walau bagaimanapun, Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh diperoleh.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim yang baru sahaja tamat shif tugasannya telah mengeluarkan pistol jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Setiu, Terengganu itu disaksikan bapa mentuanya kira-kira jam 6.45 pagi di dalam bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit.

Sumber: Berita Harian (Aizat Sharif)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd