Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Lelaki Berkelakuan Aneh, Patahkan ‘Wiper’ Dan Cermin Kereta Alza

Polis berjaya mengenal pasti suspek lelaki berkelakuan aneh dengan bertindak mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway, Seremban, Jumaat lalu.

Menurut satu laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut daripada mangsa, seorang wanita pada jam 5.46 petang.

Foto: registrar.um.edu.my

“Wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya diletakkan di lokasi untuk pergi bekerja.
“Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, ‘wiper’ hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau juga berkata, mangsa menumpang kereta rakan sekerja untuk bersama-sama ke tempat kerja sebelum meletakkan keretanya di lokasi di mana insiden tersebut berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek sudah dikenal pasti, usaha untuk mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan. 

Foto: Harian Metro

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain,” katanya.

Mohamad Hatta turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346.

@wea_127

harap yg ni xkena ban#serembangateway

♬ End This – Context Sensitive

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, tular satu rakaman video berdurasi 17 saat yang dikongsikan seorang pengguna TikTok melalui akaunnya Wan Ramli Wan Seman, memaparkan aksi seorang lelaki berbaju biru bertindak mematahkan ‘wiper’ sebuah kereta, bagaimanapun video tersebut telah dibanned dan dipost semula pada hari ini.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd