Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Terima kunjungan Presiden Terpilih Indonesia, Probowo Subianto Datang Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Menurut satu hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari Probowo ke Malaysia yang telah dijadualkan.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia,” katanya.

Anwar turut berkata bahawa perjalanan karier politik mereka adalah yang hampir sama kerana diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik memegang jawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur,” ujar beliau.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Beliau juga menyatakan harapannya supaya hubungan persahabatan antara Malaysia-Indonesia akan kekal dan terus erat serta semakin diperkukuh demi kebaikan bersama kedua-dua negara untuk masa hadapan.

“Saya sempat titipkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan,” tambahnya lagi.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Untuk makluman, ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumumkan sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 dimana ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd