Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KDN Sedia Memorandum Jemaah Menteri, Pinda Akta Perhimpunan Aman 2012

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri bagi mempercepatkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pihaknya akan melaksanakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan untuk membentangkan pindaan tersebut di Parlimen tahun ini.

Perhimpunan Aman

Foto: Berita Harian

“Arahan kepada KDN ialah sidang tahun ini, justeru, saya perlu membuat memorandum Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha KDN bantu mendapatkan keputusan dasar.
“Apabila Jemaah Menteri sudah bersetuju, kami akan mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk aktivis perhimpunan aman dan Ahli Parlimen,” kata Saifuddin semasa sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan pelaksanaan keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut statistik yang dikongsi Saifuddin, sebanyak 10,000 pemakluman perhimpunan aman diterima pada 2023, manakala 7,000 pemakluman diterima tahun lalu.

Artikel lain: Tidak Benar, KDN Nafi Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor

“Daripada jumlah itu, antara 98 hingga 99 peratus dibenarkan (mengadakan perhimpunan aman), hanya satu hingga dua peratus lagi berdepan isu lokasi kerana tidak mendapat kebenaran pemilik premis, bukan kerana disekat kerajaan,” ujarnya.

Beliau memaklumkan sebanyak 1,787 kertas siasatan berhubung perhimpunan telah dibuka pada tahun lalu dan hanya 30 daripadanya dikenakan tindakan mahkamah.

“Ini menunjukkan bilangan kertas siasatan yang berakhir dengan pertuduhan (di mahkamah) adalah rendah.
“Kerajaan MADANI sama sekali tidak menyekat perhimpunan aman, silakan, tiada masalah, biar statistik berbicara, jadi dengan itu, Perdana Menteri kata lakukan pindaan, maka kami lakukan pindaan,” jelasnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd