Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Misi Kemanusiaan: Peserta Jual Kereta X50, Beli Makanan Asas Untuk Beri Sumbangan

Pendakwah bebas, Rahim Azhari terpaksa menjual kereta Proton X50 demi menyertai armada Global Sumud Flotilla (GSF)  dalam pelayaran bmenuju ke Gaza.

Jual kereta untuk beri sumbangan

Jual kereta untuk beri sumbangan

Memetik laporan mStar, Rahim memberitahu duit jualan keretanya itu digunakan untuk membeli makanan asas yang akan disumbangkan kepada rakyat Palestin setibanya di sana.

“Sebelum terbang ke Itali saya menjual kereta Proton X50 untuk misi ini. Segala hasil jualan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan misi.
“Ada juga sumbangan daripada rakan-rakan dan keluarga yang digunakan untuk perbelanjaan rakan-rakan delegasi selain saya peruntukkan bagi membeli makanan asas untuk disampaikan kepada saudara kita di Gaza” kata Rahim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan perjalanan mereka dan dijangkakan tiba di negara tersebut pada Selasa.

 “Saya minta semua mendoakan kami di sini. Dalam masa beberapa jam lagi kami akan memasuki ‘zon kuning,” jelasnya.

Artikel lain: Ramadan Sumber Kekuatan Doa Untuk Palestin Yang Sedang Menangis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, seramai 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF itu kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara diterajui Muhammad Nadir Al-Nuri. Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan bersama sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd