Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Semua Selamat! Alami Masalah Gear Pendaratan Punca Pesawat TUDM Tergelincir

Sebuah pesawat TUDM jenis CN235-220M mengalami insiden tergelincir ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pagi tadi.

Pesawat TUDM tergelincir ketika lakukan pendaratan

Insiden itu turut tular di media sosial sebelum disahkan secara rasmi oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kejadian pesawat TUDM tergelincir terjadi di Pengkalan Udara Kuching

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku sekitar jam 11.15 pagi dan melibatkan pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching yang baru selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu.

“Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching tersebut telah mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik daripada Labuan dan Kota Kinabalu,” menurut kenyataan itu.

Tiada sebarang kecederaan dialami

TUDM turut memaklumkan bahawa semua anak kapal serta penumpang berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, pihak TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan untuk menjalankan siasatan lanjut.

pesawat tudm

Artikel lain: Khidmat Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM Diteruskan Sehingga Tahun 2035

Insiden ini walaupun mencemaskan, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa, sekali gus mendapat perhatian ramai netizen yang lega dengan keselamatan anggota dalam pesawat tersebut.

Sumber: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd