Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kakitangan UPSI Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Stor Berkunci

Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap dalam sebuah stor berkunci di fasiliti sukan universiti tersebut, awal pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, mangsa Mohd Radzi Ariffin, 53, ditemui dalam stor peralatan pembersihan di UPSI Sport Bowl.

Foto: Media sosial

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis sekitar jam 1.57 pagi bagi membantu membuka pintu sebuah stor yang didapati berkunci.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kira-kira 9 kilometer dan tiba pada jam 2.07 pagi.
“Setibanya di lokasi, pintu stor telah pun dibuka oleh polis bantuan UPSI. Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemantauan di lokasi,” katanya.

Foto: Media sosial

Beliau berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. Operasi dikawal pada jam 2.17 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.36 pagi,” ujarnya.

Sumber: BH Online (Zahratulhayat Mat Arif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd