Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut, Aksi ‘Wheelie’ Berakhir Tragedi

Aksi merbahaya dengan mengangkat motosikal atau ‘wheelie’ berakhir padah apabila seorang remaja lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga motosikal di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu petang Selasa.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa Muhammad Aidil Rayqal Azman, 15, disahkan meninggal dunia ketika sewaktu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong.

“Mangsa menunggang motosikal model Honda C100 bersama dua lagi motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong menuju ke simpang empat Kampung Sungai Pelong – Kampung Sungai Tong.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dipercayai sedang melakukan aksi ‘wheelie’ kira-kira jam 6.45 petang.
“Mangsa dipercayai terlanggar bahagian tempat duduk belakang Yamaha Y16ZR menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh di bahu jalan kiri,” katanya.

Mohd Zain berkata, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR gagal mengelak dan secara tidak sengaja melanggar kepala mangsa.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak dengan tidak menggunakan kenderaan tanpa lesen,” ujarnya.

Sementara itu, beberapa warganet memuat naik hantaran di laman Facebook dipercayai memaparkan poster takziah kepada keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salam takziah

Al-Fatihah

Sumber: Buletin TV3 (Nurul Fatihah Sulaini)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd