Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Khidmat Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM Diteruskan Sehingga Tahun 2035

Khidmat jet pejuang Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan lagi selama sedekad apabila berlangsungnya Majlis Penyerahan Kontrak 10th Year Service Life Extension Programme (SLEP) di Pengkalan Gong  Kedak, Terengganu.

Majlis berkenaan turut disaksikan sendiri Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin apabila melakukan lawatan kerja di lokasi tersebut.

Jelas beliau, program SLEP bagi Pesawat Sukhoi ini telah dijalankan oleh syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC) dan bertujuan untuk  memastikan pesawat TUDM berada dalam keadaan optimum sekaligus kedaulatan negara terus diperkukuh.

“ATSC telah menjalankan, antara lain, kerja-kerja “Service Life Extension” dan “Preventive Restoration Works/Overhaul”.
Kerja-kerja ini memastikan pengoperasian pesawat lebih lama dan dapat digunakan selama 10 tahun lagi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan negara berbanding menghantarnya ke Rusia,” katanya.

Ujar beliau lagi, kejayaan ini sekaligus menggambarkan keupayaan industri kita melibatkan pengoperasian pesawat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, syarikat tempatan perlu terus meningkatkan keupayaan tersebut dan mencari pendekataan terbaik agar dapat mengukuhkan lagi industri ini, termasuklah meningkatkan proses R&D dan meneroka peluang serta kerjasama baharu.


Difahamkan, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ATSC dan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi pertahanan turut berlangsung dalam program terbabit, disamping penyerahan sumbangan kebajikan kepada 9 penerima OKU warga PU Gong Kedak.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd