Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Iran Isytihar Menang, Dakwa AS Setuju 10 Perkara Pelan Damai

Iran mengisytiharkan kemenangan bersejarah ke atas Amerika Syarikat dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Donald Trump terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan Teheran, lapor Press TV.

Kenyataan rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran turut menyebut pihak lawan kini ‘tiada pilihan selain tunduk’ kepada kehendak negara itu.

Menurut kenyataan itu, Amerika Syarikat bersetuju dengan cadangan 10 perkara yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan keluar tentera dari rantau berkenaan serta penghapusan sekatan terhadap Iran.

Antara syarat lain termasuk tiada lagi serangan ke atas Iran, pengiktirafan kawalan Teheran ke atas Selat Hormuz, serta penerimaan terhadap program pengayaan nuklear negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konflik selama 40 hari itu didakwa menyaksikan Iran dan sekutunya melancarkan serangan besar-besaran sehingga melemahkan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat di Asia Barat.

Malah, Washington dikatakan mula menyedari kegagalan mereka seawal 10 hari pertama sebelum berusaha membuka rundingan bagi mencapai gencatan senjata.

Perkembangan ini berlaku beberapa jam selepas Trump mengumumkan penangguhan serangan ke atas Iran selama dua minggu dengan syarat Teheran membuka semula laluan di Selat Hormuz.

Trump sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran bahawa ‘seluruh tamadun Iran akan musnah’ jika Iran tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Iran memaklumkan rundingan lanjut akan diadakan di Islamabad dalam tempoh dua minggu bagi memuktamadkan perjanjian, sambil menegaskan negara itu akan terus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd