Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertuduhan VLN: Ahmad Zahid Kekal Lepas, Bebas

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dilepaskan dan dibebaskan berhubung pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN) oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid kekal lepas, bebas

Menurut laporan Kosmo! Online, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali memutuskan perkara tersebut selain turut bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datum Azmi Ariffin.

Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes berkenaan.

Ahmad Zahid kekal lepas

Terdahulu, Ahmad Zahid dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut selepas memutuskan bahawa pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Pada Januari 2023, Ahmad Zahid mengemukakan representasi pertama kepada AGC manakala representasi kedua pada Februari lalu.

Artikel lain: Ahmad Zahid Ingatkan MP BN Bawa Suara Rakyat Secara Bertanggungjawab

Beliau berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi menyambung kontrak syarikat tersebut sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China serta sistem VLN serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SGD$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan USD$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya di lokasi sama antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd