Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Perkasakan Wanita, Tokyo Rancang Perkenal Kerja Empat Hari Seminggu

Kerajaan Tokyo rancang untuk perkenal kerja empat hari dalam seminggu bermula pada April tahun hadapan sebagai sebahagian usaha seluruh negara untuk menggalakkan keibubapaan.

Memetik laporan Japan Times, Tokyo akan menjejak langkah kerajaan-kerajaan tempatan lain yang turut memperkenalkan inisiatif serupa bagi memperbaiki keadaan kerja susulan kekurangan tenaga buruh.

Tokyo rancang perkenal kerja empat hari seminggu

Tokyo Rancang Perkenal Kerja Empat Hari

Semasa ucapan dasar pada satu sesi Majlis Metropolitan Tokyo pada Selasa, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menekankan kepentingan gaya kerja yang fleksibel, terutamanya bagi wanita.

“Kami akan terus mengkaji semula gaya kerja secara fleksibel bagi memastikan wanita  tidak perlu mengorbankan kerjaya mereka selepas melahirkan atau membesarkan anak,” katanya.

Katanya lagi, untuk membantu pekerja mengimbangi penjagaan anak dan kerjaya, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem baharu iaitu ‘cuti separa penjagaan anak’ bagi membolehkan kakitangan untuk mengurangkan waktu bekerja sehingga dua jam sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat masa sekarang, kakitangan kerajaan menggunakan sistem waktu kerja yang fleksibel dan mereka boleh menyesuaikan watku bekerja sekaligus membolehkan mereka mendapat satu hari cuti tambahan setiap empat minggu.

Artikel lain: Enam Parti Pembangkang Korea Selatan Fail Usul Pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

Sistem ini akan disemak semula bagi membolehkan kakitangan mendapat satu hari cuti tambahan setiap minggu dan mereka boleh bekerja empat hari seminggu dan bercuti selama tiga hari.

“Memperkasakan wanita telah menjadi isu lama di negara kita dan ia menjadi satu matlamat yang negara ini jauh ketinggalan berbanding negara lain,” ujar Koike.

Tambah Koike, hanya dengan mengatasi situasi negara itu dapat mencapai kunci untuk mencipta masa depan di mana lelaki dan wanita boleh berkembang bersama-sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tokyo Rancang Perkenal Kerja Empat Hari

Koike juga menyatakan mereka akan terus memajukan inisiatif untuk menangani kekurangan tempat di tadika dan menyokong pembekuan telur (ovum).

Sebelum ini, Parlimen telah meluluskan pindaan pada bulan Mei lalu yang mewajibkan syarikat untuk menawarkan pilihan kerja fleksibel kepada pekerja yang mempunyai anak kecil yang berkuat kuasa pada April tahun hadapan.

Pada bulan Oktober lalu, Wilayah Miyagi mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kerja empat hari seminggu kepada semua kakitangan menjelang tahun fiskal 2026, sekaligus menjadikan wilayah itu yang pertama di Tohoku melaksanakan dasar ini.

Wilayah lain juga sedang melaksanakan inisiatif sama, seperti Wilayah Ibaraki yang telah memperkenalkan kerja empat hari seminggu secara pilihan pada bulan April lalu untuk kebanyakan pekerja, kecuali guru dan pekerja syif bagi menyokong penjagaan anak, penjagaan keluarga dan peningkatan kemahiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Japan Times

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd