Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Perkahwinan 16 Tahun Berakhir, Jessica Alba Dan Suami Bercerai

Pelakon popular Hollywood, Jessica Alba dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya Cash Warren selepas 16 tahun bersama.

Menurut laporan The Star, rumah tangga pasangan tersebut sudah lama bermasalah dan kedua-duanya memilih untuk hidup berasingan.

Jessica Alba Sah Bercerai Dengan Suaminya

Jessica Alba

Foto: Carian Google

Walaupun tiada desas-desus pengenai pergolakan dalam rumah tangga mereka, sebelum ini penampilan mereka secara berasingan menimbulkan tanda tanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan tersebut juga dilihat tidak lagi mengenakan cincin perkahwinan lantas mengukuhkan lagi khabar angin tersebut.

Malah baru-baru ini, Jessica menghadiri parti pra Golden Globe tanpa kehadiran suaminya dan cincin di jari. Manakala Warren pula di lihat di Los Angeles juga tanpa cincin perkahwinan.

Biarpun sudah memfailkan perceraian, hubungan Jessica dan Warren dikatakan masih baik kerana baru sahaja bersama-sama menyambut hari jadi anak bongsu mereka pada awal Januari tahun ini.

Bahkan ketika penghujung tahun lalu, Jessica turut memuat naik gambar mereka sekeluarga di hadapan pokok krismas dan membuat ucapan tahun baru kepada pengikut di Instagramnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jessica Alba

Foto: Instagram @jessicaalba

Artikel lain: Selepas Lapan Tahun, Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sah Bercerai

Sekadar info, pasangan berkenaan bertemu ketika sama-sama menjalani penggambaran filem Fantastic Four pada 2004, ketika itu Jessica merupakan sebahagian daripada barisan pelakon utama manakala Warren pula memegang tugas sebagai penolong pengarah filem.

Untuk rekod, Jessica dan Cash mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Honor, 17, Haven, 14, dan Hayes berusia lapan tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star, Instagram @jessicaalba

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd