Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penyasaran Subsidi Diesel Wajar, Tangani Isu Salah Guna & Kecurian Bahan Api

Penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan adalah langkah wajar dalam menangani isu salah guna dan kecurian bahan api terbabit melibatkan warga asing sehingga mendatangkan kerugian besar terhadap negara.

Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah yang diambil untuk menyelamatkan dana daripada bocor kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Ujarnya lagi, beliau akui ramai yang tidak dapat menerima keputusan kenaikan bahan api terbabit dan akan memperbaiki segala kelemahan yang wujud.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita baca liputan media (bahawa ramai) tidak dapat menerima (kenaikan) minyak diesel. (Di sini) kita nampak perlanggaran daripada (segi) peraturan diesel.
“Subsidi ini (diesel) untuk orang miskin, petani, nelayan dan pekebun kecil atau pun pihak bas sekolah dan pengangkutan awam, tetapi memang terlalu nyata orang yang mencerca kita. Tengoklah, maksud kita, kalau ada beberapa kelemahan, maklum, kita betulkan.
“Ini percubaan awal yang tentu hadapi sikit masalah. Saya tidak nafikan tetapi untuk mencerca seolah zalim menekan rakyat.
“Sebentar tadi, saya tanya jawatankuasa masjid, belia siapa terkesan dengan diesel, depa (mereka) kata tiada. Tetapi saya masih ambil sikap kalau ada masalah, tolong bagi tahu kerana (penyasaran subsidi) soal yang besar dan wajar kita teruskan,” jelasnya.

Foto: Sinar Harian

Anwar berkata demikian kepada media ketika mengulas kewajaran penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.

Terdahulu, Anwar berkata, tujuan penyasaran subsidi itu dibuat kerana ia dinikmati 3.8 juta warga asing sedangkan yang membayar cukai adalah rakyat.

Foto: South China Morning Post

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Subsidi kita (kerajaan) bayar, cukai rakyat Malaysia (bayar) tetapi (subsidi diesel) warga asing dapat. Perniagaan haram guna minyak (diesel) kita.
“Dua hari sudah, semua bas pelancongan dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga sebab tak dapat subsidi, maknanya, selama berpuluh tahun subsidi kita pergi ke syarikat Singapura dan ada yang pergi ke kapal nelayan Siam, (diesel) dicuri di sana sini, bocor pun banyak.
“Bagi penanaman padi, traktor (apa sahaja perniagaan berkaitan penggunaan diesel di negara ini) kita akan bagi (subsidi) tetapi kita tidak boleh bagi dekat kaya,” katanya lagi.

Jelasnya, melalui penyasaran subsidi itu, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan RM4 bilion yang ia boleh disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan dan kebajikan.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd