Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Pengarah Malaysia Ulangi Kejayaan, Filem A Place Called Silence Pecah Panggung Di China

Filem arahan anak kelahiran Pulau Pinang, Sam Quah yang berjudul ‘A Place Called Silence’ bukan sahaja meraih perhatian di China dengan kutipan pecah panggung RM815 juta (RMB 1.29 bilion), malah ia turut mendapat sokongan penonton di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, walaupun baru sahaja ditayangkan di Malaysia pada 8 Ogos lalu namun filem bergenre ‘thriller’ itu berjaya meraih sehingga RM1 juta.

Kejayaan ini meletakkan A Place Called Silence di tempat kedua dalam carta pecah panggung di Malaysia pada hujung minggu lalu manakala ia meraih tempat pertama bagi kategori filem bahasa Cina dengan lebih 58,000 penonton tempatan sudah menonton filem itu.

Menurut Quah, A Place Called Silence diinspirasikan daripada kejadian yang berlaku ketika dirinya melanjutkan pelajaran di Taiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“A Place Called Silence menyelami isu sosial yang serius, mengambil inspirasi kisah tragis kehilangan seorang gadis yang mati dibunuh, namun ibunya percaya anaknya masih berada dalam bangunan tempat tinggalnya.
“Mendiamkan diri ketika berdepan kesukaran dan keengganan orang awam membantu memberikan impak lebih buruk. Sekiranya tampil dengan berani, mungkin impaknya berbeza.
“Jadi, mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini bertujuan supaya penonton dapat merenungkan sikap keterbukaan dalam menghulurkan bantuan apabila menyaksikan orang lain dalam kesukaran,” katanya.

Quah berkata demikian ketika sidang media mempromosikan filem A Place Called Silence di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Quah juga berkongsi dia mendapat inspirasi menghasilkan filem tersebut selepas terbaca mengenai kasih tragis seorang ibu yang berusaha mencari anaknya yang dibunuh.

Justeru, Quah berbesar hati dapat menayangkan filem yang skrip dihasilkan menjalani penggambaran di kampung halamannya di Pulau Pinang.

“Saya sudah lama menyimpan impian menghasilkan filem di kampung halaman sendiri.
“Malah, saya juga dapat bekerja dengan pelakon tempatan dan antarabangsa. Menjalani penggambaran dalam dan luar negara menjadikan naskhah ini lebih istimewa buat saya,” kongsinya.

Turut hadir pada sidang media itu adalah bintang utama filem A Place Called Silence yang juga merupakan pelakon dari Taiwan iaitu Ning Chang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ning Chang yang membawakan watak ibu, Li Han yang perlu menyelami wataknya dengan mengkaji selok-belok komunikasi hubungan antara ibu dan anak.

A Place Called Silence

“Ketika menyelami peranan sebagai ibu, saya mengkaji bagaimana pengarah mahu menyampaikan mesej mengenai keluarga malang ini.
“Saya cuba menyerlahkan hubungan yang kompleks kerana Li Han mengawal anak perempuannya dengan cara tidak bijak dan matang,” katanya.

Justeru, bagi Quah dan Ning, A Place Called Silence bukan sekadar pengalaman sinematik, tetapi naskhah yang mengingatkan penonton untuk mempertahankan perkara sebenar.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman luar biasa yang mengubah rutin hariannya selepas satu video dimuat naik di TikTok mencetuskan perhatian ramai pengguna media sosial....

Dunia

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian berkata tawaran bantuan ubat-ubatan daripada pihak luar, termasuk dari Malaysia untuk mangsa bencana di Aceh adalah dalam jumlah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd