Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pencipta Komik Yu-Gi-Oh Ditemui Mati Terapung Di Pantai Jepun

Pengarang komik Yu-Gi-Oh!, Takahashi Kazuki, disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun di sebuah lokasi berdekatan sebuah pantai bandar Nago di Okinawa, pada 6 Julai lalu.

Mayat beliau telah ditemui terapung 300 meter (kira-kira 1,000 kaki) dari pantai di luar bandar peranginan Nago oleh pengawal pantai Jepun  pada jam 10:30 pagi hari Rabu lalu dalam keadaan lengkap berpakaian peralatan snorkeling di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih menjadi misteri dan pihak berkuasa serta pengawal pantai kini sedang giat menjalankan siasatan susulan insiden yang mengejutkan itu.

Komik Yu-Gi-Oh telah mula tersiar oleh manga dalam Weekly Shonen Jump antara 1996 hingga 2004.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain mendapat tempat di pasaran tempatan, francais multimedia itu turut mendapat tempat di pasaran antarabangsa secara berterusan sehingga ke hari ini. Bahkan permainan kad, anime, mainan dan siri manga yang diperbaharui turut dikeluarkan.

Malah, beliau juga penerima Anugerah sebagai Inkpot Comic-Con International pada Julai 2015 sebagai tanda menghargai kejayaan serta jasa yang cemerlang kepada komik, fiksyen sains dan fantasi, filem, televisyen, animasi dan fandom.

Pada tahun 2017, Filem Anime The Dark Side of Dimension telah diterbitkan malah, beliau juga pernah diberi tanggungjawab yang besar dalam menjayakan pelbagai projek dalam francais tersebut.

Sumber: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd