Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penangan Jungkook, Baju Tidur Dipakainya Habis Dibeli Peminat

Tidak perlu diperkenalkan lagi mengenai kumpulan pop sensasi, BTS yang mempunyai pengaruh kuat hampir seluruh dunia terutama di Asia Tenggara.

Semua gerak geri mereka diperhatikan seperti fesyen, makanan, minuman, barang dipakai atau lokasi dikunjungi sekali gus mewujudkan budaya ‘trendsetter’ dalam kalangan orang ramai.

Terbaru, para peminat yang mendapat julukan ARMY ‘menyiasat’ baju tidur dipakai salah seorang ahli kumpulan iaitu Jungkook ketika penyanyi itu menyambut hari lahir ke-25.

Difahamkan, Jungkook meraikan hari istimewanya bersama peminat dengan membuat siaran langsung dalam aplikasi Weverse sehingga ditonton sebanyak 9.5 juta orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada sesi tersebut, dia dilihat memakai set baju tidur berjenama Emporio Armani sebelum para peminat ‘menyerbu’ platform Amazon yang menjual pakaian berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, kesemua empat saiz set pakaian itu habis dijual dalam masa singkat gara-gara penangan Jungkook memakainya ketika siaran langsung terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi sesi itu juga, Jungkook menyanyikan beberapa buah lagu seperti Ddaeng, Christmas Tree, Paradise, 00:00, Magic Shop dan banyak lagi.

Sumber: Twitter @chizikook_ , @Daily_JKUpdate , @Jungkook_SNS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd