Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemeriksaan Berkala Sistem Bekalan Kuasa Utama Bas Ekspres Perlu Dibuat Sebulan Sekali

Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (KSIEWUSM), Mohd Razi Rahim berkata, pemeriksaan berkala terhadap sistem bekalan kuasa utama bas ekspres perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan bukan hanya dalam satu tempoh masa yang panjang.

Menurut laporan Sinar Harian, tindakan itu wajar dilaksanakan untuk kesemua komponen luar dan dalam termasuklah sistem elektrik utama bas bagi menjaga keselamatan penumpang.

Foto: Carian Google

Jika sistem bekalan kuasa utama berfungsi dengan baik, pengecas di setiap tempat duduk juga akan beroperasi dengan baik.
“Sekiranya terdapat masalah dengan sistem bekalan kuasa utama seperti kegagalan, risiko kebakaran atau kerosakan pada pengecas boleh berlaku dan bakal mengakibatkan kemalangan serius.
“Insiden terbaru telah menunjukkan betapa pentingnya penyelenggaraan sistem elektrik dalam bas bagi memastikan keselamatan semua penumpang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Bukan itu sahaja, Mohd Razi turut mencadangkan agar pemilik bas meletakkan tanda amaran kepada soket yang bermasalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Digital

Setiap soket yang digunakan perlu mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku.

“Keadaan soket, pengecas telefon bimbit termasuk kabel USB yang digunakan juga wajib diteliti terlebih dahulu sebelum digunakan kerana daripada segi visual pun kita boleh nampak ada kecacatan macam koyak dan sebagainya.
“Daripada situlah langkah berjaga-jaga perlu dilakukan menerusi pemeriksaan berkala kerana perkara seperti renjatan elektrik jarang berlaku, namun jika sedikit leka ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa atau kematian.
“Lebih bahaya lagi jika peranti seperti kabel USB atau pengecas telefon dijual pada harga murah atau lelongan. Kita tidak tahu sejauh mana jaminan keselamatan yang masih elok atau sebaliknya,” jelasnya.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral di Butterworth, pada 2 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ketika itu menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Foto: Sinar Harian

Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit berpandukan keadaan penghujung kabel cair serta peranti terbabit turut berada dalam keadaan panas.

Sumber: Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pencipta kandungan di media sosial, Fendymojo menjadi bualan ramai selepas didakwa jual kek coklat premium bernilai RM39 namun berkulat. Menerusi video tular, wanita...

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Pempengaruh lepas geram membeli barangan kemas buat isteri tercinta selepas dikecewakan atas layanan salah seorang staf di kedai emas sebelum ini. Dia yang juga...

Sosial

Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal), Herman Sudil meluahkan rasa bengang apabila seorang budak lelaki tujuh tahun di bawah jagaannya didakwa telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd