Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Kebangsaan Greece Ditemukan Tidak Bernyawa Dalam Kolam Renang

Pemain pertahanan kanan, George Baldock yang berusia 31 tahun ditemukan mati di rumahnya di pinggir bandar selatan Athens, Glyfada.

Menurut laporan Daily Mail, polis menerima panggilan daripada isteri Baldock memaklumkan dia gagal menghubungi pemain itu.

Foto: Facebook Fabrizio Romano

Isteri Baldock, yang berada di luar negara juga memaklumkan pemilik kediaman itu selepas gagal menghubungi pemain itu menerusi telefon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan televisyen kebangsaan ERT berkata, pemain itu berada “di dasar kolam” dan sebotol alkohol ditemui di tempat kejadian.

Foto: Daily Mail

Pasukan perubatan cuba melakukan bantuan kecemasan terhadap pemain pertahanan berusia 31 tahun itu tetapi gagal.

Baldock disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kematian masih belum diketahui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pasukan kebangsaan Greece dan Persekutuan Bola Sepak Greece dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Baldock.

Foto: Daily Mail

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dirasai atas kehilangan ini. Takziah kepada keluarga Baldock,” ujar kenyataan itu.

Baldock menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Greece mempunyai 12 penampilan bersama pasukan tersebut.

Selain itu, Baldock menyertai Panathinaikos pada Mei lalu selepas tujuh tahun bersama Sheffield United, turun divisyen daripada Liga Perdana Inggeris ke Liga Kejuaraan musim lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Liga Super Greece dan beberapa kelab juga turut mengucapkan takziah.

Sumber: Daily Mail

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd