Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar UiTM Meninggal Dunia, Rakan Alami Cedera Selepas Motosikal Dinaiki Dilanggar Van

Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim, Alor Setar petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.20 petang semasa motosikal dinaiki kedua-dua pelajar UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang itu dipercayai keluar dari satu simpang secara mengejut.

Pelanggaran menyebabkan van itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang lelaki berusia 30-an,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohd Redzuan berkata pelajar yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di Hospital Kulim.

“Seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan,” katanya dan menambah kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd