Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Kompromi! PDRM Tahan 36 Warga Asing, Terlibat Aktiviti Berfahaman Ekstrem

PDRM Tahan 36 Warga Asing

Seramai 36 warga Bangladesh ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dikenal pasti terlibat secara langsung dalam Gerakan Militan Radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi keselamatan terancang itu dijalankan dalam tiga fasa bermula 24 April lalu di sekitar Selangor dan Johor.

“Dalam operasi tersebut, lima daripada mereka dikenal pasti terlibat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam dan Johor Bahru.
“15 individu lagi telah dikenakan perintah pengusiran, manakala 16 individu sedang disiasat lanjut terkait penglibatan mereka dalam gerakan militan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PDRM Tahan 36 Warga Asing

Hasil risikan Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan tersebut membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara, di samping mewujudkan sel pengrekrutan dalam komuniti mereka bagi tujuan mengindoktrinasikan fahaman radikal.

Artikel lain: Nahas FRU : PDRM Akan Pastikan Kebajikan Keluarga Mangsa Diberi Perhatian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan juga didapati mengumpul dana untuk aktiviti keganasan dan berusaha menjatuhkan kerajaan sah di negara asal mereka.

“Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung, apatah lagi medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing,” tegasnya.

Katanya lagi, tindakan pantas PDRM membuktikan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen yang mengancam keselamatan negara.

“Kejayaan ini turut membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara dalam memelihara kedaulatan, keharmonian dan ketenteraman awam.
“Sebarang cubaan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi militan atau pusat transit gerakan ekstremis akan ditangani dengan tindakan tegas, pantas dan berkesan,” katanya.

Sumber: FB Saifuddin Nasution Ismail

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd