Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PDRM Jalankan Siasatan Terhadap Video Tular Polis Trafik Terima RM100

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman jalankan siasatan terhadap video tular yang memaparkan seorang polis trafik yang didakwa menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas dua orang pelancong asing.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid05nMzFynGWBfrjCDeDg9h73ASDydrzQGkDpyoFXEK4hsKjn8JZ3TnK4AFT2F352szl

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad berkata PDRM mengambil maklum berkenaan video yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Foto: PDRM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mohd Azman juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan disamping meminta agar orang ramai berhenti membuat spekulasi.

Terdahulu, satu video telah dimuat naik di platform X memaparkan pasangan pelancong dari United Kingdom disaman polis trafik atas kesalahan memandu melebihi had laju.

Artikel lain: TMJ Dimasyhur Pemangku Sultan Johor Mulai Hari Ini

PDRM Jalankan Siasatan Terhadap Video Tular Polis Trafik

Apabila pasangan itu bertanya apa yang perlu lakukan, polis trafik tersebut berkata mereka boleh membayar saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di lokasi terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bayar di balai polis RM300. Bayar di sini, RM100,” katanya kepada pemandu wanita itu.

Pelancong itu kemudian membayar RM100 kepada polis berkenaan serta bertanya sama ada mereka perlu menyerahkan dokumen untuk disemak namun polis terbabit menjawab tidak perlu.

Rakaman berbentuk vlog itu telah dimuat naik di saluran YouTube pelancong berkenaan sehingga mendapat sebanyak 120,000 tontonan setakat ini.

Sumber: Facebook PDRM, YouTube TREAD the globe

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd