Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Parking’ Kenderaan Depan Rumah Sendiri Atau Jiran Boleh Disaman

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memaklumkan ‘parking’ kenderaan depan rumah sendiri atau jiran boleh dikenakan saman bermula 2 Oktober lalu.

Menerusi hantaran Facebook, notis tersebut telah dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBPG, sesiapa yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta  333), Seksyen 49(1)(g) Akta Jalan Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil 3(n) Undang-undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) 2011 dan perintah 17(1) dan 17(2) perintah lalu lintas jalan (peruntukan mengenai tempat meletak kenderaan) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2011.

Parking’ kenderaan depan rumah

https://www.facebook.com/majlisbandarayapasirgudang/posts/pfbid02VHnUyKX29xf3qxc3dLGBtSEAFUPXko3xvNwbk9R7cNwnAEFVfGPRg268DArDQy2ol

Artikel lain: Dituduh Hisap Vape, Ikmal Hisham Mahu Saman Jurugambar PM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan mengenakan kompaun serta merta boleh dikenakan dibawah undang-undang kecil kompaun kesalahan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (MBPG) 2010 sebanyak RM500 dan dibawah undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan dengan kadar maksima RM2,000.

Keputusan itu dilakukan susulan MBPG menerima banyak laporan daripada pemilik rumah yang mendakwa jiran sering meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan penduduk.

Sumber: Facebook @Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd